385 research outputs found

    Mahasiswa dan kehidupan menurut perspektif Islam: pengurusan efektif untuk berjaya (jilid II)

    Get PDF
    Mahasiswa dan Kehidupan dari Perspektif Islam Jilid I1 dengan tajuk siri ini, iaitu Pengurusan Ifektif untuk Berjaya merupakan buku yang membincangkan asas kehidupan mahasiswa Muslim di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Buku ini menghimpunkan empat artikel yang berkisar tentang perkara berikut: Mahasiswa dan Pembelajaran Berkesan Mahasiswa dan Penulisan Kertas kerja Akademik Mahasiswa dan Pengurusan Masa Mahasiswa dan Pengurusan Kewangan Keempat-empat artikel ini membincangkan secara khusus perkara yang menjadi teras kehidupan mahasiswa yang bersifat tanggungjawab diri dengan memahami visi hidup sebagai mahasiswa, kewajipan diri dalam bentuk tanggungjawab diri dari segi pembelajaran berkesan, penghasilan kertas kerja akademik, pengurusan masa, dan pengurusan kewangan. Semua aspek ini menjadi asas kepada kejayaan kepada seseorang mahasiswa yang sendang berada di institusi pengajian tinggi sama ada awam atau swasta. Buku ini diharap dapat memberi sumbangan yang besar kepada semua para pelajar di Universiti dan Institut Pengajian Tinggi awam dan swasta dalam merencana kehidupan di kampus dan kehidupan akan datang

    Perkembangan Pendidikan Islam dan arah tujunya dalam memperkasakan peradaban Melayu Johor

    Get PDF
    Sejarah membuktikan bahawa Kerajaan Johor merupakan antara negeri yang menempatkan Pendidikan Islam pada landasan yang sangat baik kepada pembentukan modal insan rakyat sejak dari abad yang ke 19 lagi. Usaha memajukan pendidikan Islam ini terbukti mampu memberikan kesepaduan ilmu kepada masyarakat Islam Johor sejak dibangunkan sehingga kini. Kedinamikan Pendidikan Islam yang berakar umbi dari sejarah Johor ini kini diteruskan dengan langkah yang lebih pantas dan tersusun serta alternatif yang lebih pelbagai pada masa kini. Selain itu, keperluan yang lebih tinggi selaras dengan perkembangan Pendidikan Islam yang pesat di Malaysia, maka pelbagai alternatif Pendidikan Islam boleh dikaji dan diperkenalkan untuk memperkukuh dan memperkasakan lagi Tamadun Johor pada masa hadapan. Kertas kerja ini cuba mengupas secara ringkas sejarah perkembangan Pendidikan Islam di Johor, langkah pembaharuan yang dijalankan dalam sistem Pendidikan Islam kini, dan cadangan rancangan Pendidikan Islam lebih pelbagai untuk rakyat Johor pada masa hadapan

    Membangun kemahiran Al-Quran dan Jawi kepada anak-anak (Developing the skills of the Qur'an and Jawi for kids)

    Get PDF
    Salah satu pendidikan yang penting dalam pembangunan anak-anak ialah pendidikan al-Quran. Membangun pendidikan al-Quran kepada anak-anak mampu menanamkan ruh Islam dalam diri mereka. Kemahiran membaca, menghafal dan mengusai maknanya merupakan titik tolak kepada kemajuan mereka dalam memahami keseluruhan Islam itu sendiri. Oleh itu, pendidikan ini perlu diberi perhatian sejak kecil lagi agar anak sudah mempunyai kemampuan untuk membaca al-Quran seterusnya menguasai beberapa ilmu yang berkaitan dengan al-Quran seperti ilmu tajwid dan ilmu tulisan jawi. Hal ini demikian akan memandu anak-anak untuk mempunyai kecintaan terhadap Islam dan perjuangannya. Dalam artikel ini, perbincangan dipusatkan kepada pembangunan pendidikan al-Quran yang menumpukan kebolehan membaca al-Quran, iaitu dengan tumpuan kepada kepada keutamaan pendidikan al-Quran, peringkat umur anak yang wajar diberi pengajaran pembacaan al-Quran, siapa yang sewajarnya menjadi guru al-Quran untuk anak-anak, pemilihan kaedah menguasai bacaan al-Quran, proses mengajar al-Quran, dan proses pembangunan kemahiran membaca dalam tulisan jawi. (English Translation: One of the important education in child development is the education of the Quran. Developing education Quran to children can install the spirit of Islam in them. Skills in reading, memorizing and mastering means an excellent starting point to their progress in the understanding of the whole of Islam. Therefore, education is noteworthy since childhood that children already have the ability to read the Quran to prevail in some knowledge related to the al-Quran i.e. Tajweed knowledge and knowledge of Jawi. In addition, it will encourage the children to have a love of Islam. In this article, the discussion is focused on the development of education of the Quran. This focus includes the ability to read the Quran with discussions focused on the educational priorities of the Quran, the age of the child should be given the teaching of reading the Quran, who should be a teacher of the Quran to the children, the selection method of mastering reading al Quran, Quran teaching process, and the process of development of reading skills in Jawi script)

    Manzil: Daily Quranic Verses as Protection for Ourself

    Get PDF
    Manzil: Daily Quranic Verses as Protection for Ourselves is a series of books published by the Academy of Islamic Civilization, Faculty of Social Sciences and Humanities (FSSK), University of Technology Malaysia (UTM) that serves as a very useful daily recitations for Muslims. A bit of research has been done to understand the truth and benefits behind the Manzil verse that was taught by a famous Muslim figure, Maulana Muhammad Zakariyya al-Khandahlawi in urdu before a more detailed study was conducted for the knowledge of the people. Besides being considered as an alternative to al-Ma'thurat among Muslims, this book is als very good for daily recitations in the morning and evening or after maghrib. Containing Warid Hadith for all the Manzil recitations, the book also include the benefits of the recitations . There are a total of 76 pieces of Quranic verse in 16 fragments from 13 surahs of the Quran. The author’s hope was so that this piece will be utilized in strengthening the spirituality of every Muslim individual so that they are always in the grace and protection of Allah The Almighty

    Mengasimilasi budaya Islam dalam organisasi untuk mempertingkatkan modal insan para pekerja

    Get PDF
    Dalam organisasi berbudaya Islam, ada beberapa tanggungjawab utama pengurus atau ketua terhadap staf yang berada di bawah penyeliaan mereka. Salah satu aspek yang menjadi tuntutan dalam Islam kepada mereka ialah menghidupkan budaya Islam di kalangan pekerja. Kejayaan menghidupkan budaya Islam ini memberikan implikasi yang besar kepada pengurusan organisasi yang bukan sahaja memberi impak yang besar kepada keuntungan ukhrawi ketua dan pekerja bahkan memberikan impak yang baik kepada keuntungan duniawi organisasi keseluruhan. Semua ini bertitik tolak daripada kejayaan membangunkan modal insan ketua-pekerja dan merupakan aspek kritikal untuk ditegakkan dalam organisasi berbudaya Islam. Justeru, perbincangan kertas kerja ini cuba menyingkap keuntungan yang boleh diperoleh oleh sesebuah organisasi berbudaya Islam selain melihat perkara yang sepatutnya dilaksanakan oleh pengurus dan ketua mereka bagi mempertingkatkan modal insan ahli organisasi di bawah pengurusan mereka

    Isu akidah dalam sejarah Islam: keutamaan dan hak sahabat menurut ASWJ

    Get PDF
    Ahli Sunah Waljamaah (ASWJ) merupakan fahaman akidah Islam yang satu-satunya diterima sebagai akidah Islam yang benar yang terangkum dalamnya akidah dengan fahaman daripada al-Ash‘iriyyah dan al-Maturidiyyah. Namun dalam sejarah perkembangan akidah Islam hingga kini, terdapat aliran yang terpesong lagi sesat serta bertentangan dengan fahaman ASWJ khususnya dalam persoalan tentang fahaman Keutamaan dan Hak Sahabat. Kertas kerja ini akan cuba mengupas persoalan tentang Keutamaan dan Hak Sahabat menurut perspektif para ulama ASWJ dan pendapat syiah yang terkeluar daripada aliran ASWJ tersebut. Metode kajian artikel ini adalah menggunakan kajian kepustakaan daripada buku dan karya ulama ASWJ untuk mencapai tujuan penulisan kertas kerja ini. Hasil dapatan menjelaskan tentang fahaman yang jelas dalam ASWJ dalam memahami keutamaan dan Hak Sahabat, iaitu umat Islam wajib memuliakan para sahabat sebagai golongan terpilih, memiliki darjah yang tinggi, dan menjadi penjaga Islam. Selain itu umat Islam juga perlu menunaikan hak para sahabat dari segi mencintai mereka, mengikut jejak langkah mereka serta tidak sesekali hasad, dengki, dan mencela mereka

    Penentang Kemukjizatan al-Quran Tempah Neraka: Surah al-Baqarah (2: 23-25)

    Get PDF
    Orang kafir dicabar oleh Allah SWT untuk menghasilkan satu tulisan seperti surah al-Quran untuk mengatasi mukjizat al-Quran. Kemukjiatan al-Quran ialah dari segi makhluk tidak mampu menghasilkan al-Quran bahkan mengubahnya sama sekali. Artikel ini merupakan hasil kajian perpustakaan bagi mencari tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 23-25) daripada kitab tafsiran yang bersifat turath. Hasil dapatan menunjukkan beberapa nasihat dan ingatan penting Allah SWT kepada golongan kafir dan Muslim. Bagi golongan kafir, iaitu peringatan kepada golongan kafir bahawa al-Quran murupakan mukjizat yang tidak mampu dikalahkan oleh mereka, kegagalan mereka mengatasi al-Quran akan menyusul pula kegagalan kedua mereka di alam akhirat kerana menentang al-Quran dan Pencipta yang menurunkan al-Quran; dan sudah wujud neraka yang dijanjikan untuk orang kafir dan tuhan mereka yang berupa berhala. Manakala ingatan Allah SWT kepada para para Mukmin yang beriman dan beramal soleh dengan dijanjikan Syurga yang penuh dengan kenikmatan yang abadi. Asas kenikmatan ialah keindahan dan kesuburan Syurga, makanan yang lazat, Isteri dan suami yang suci dan bersih, serta berkekalan dalam nikmat buat selama-lamanya

    Bani Israil dan Pengutusan Para Rasul: Surah Al-Baqarah (2: 87-92)

    Get PDF
    Sikap sebenar kaum Bani Israil disingkap oleh Allah SWT dengan penjelasan bahawa kaum ini sama sekali tidak akan ingin untuk beriman kepada Nabi Muhammad SAW sekalipun dibentangkan pelbagai bukti kenabian. Artikel ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mengupas tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 87-92) daripada kitab tafsir turath Islam. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat empat pengajaran penting yang boleh diambil oleh umat Islam dan umat manusia iaitu sebab utama kaum Bani Israil menjadi penentang tegar para nabi; pengutusan Nabi Isa AS kepada kaum Bani Israil dan penentangan mereka; perbezaan antara keyakinan Bani Israil dan tindakan mereka terhadap pengutusan Nabi Muhammad SAW; dan Roh al-Qudus dalam syariat Nabi Muhammad SAW

    Kajian kes tempat perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Menengah Rendah di Johor

    Get PDF
    A variety of teaching and learning of Islamic Education is one of the elements that is been practiced by the Islamic Education teachers (GPI) in Johor. Therefore, this research is mainly focused on the venue for implementation the teaching and learning process of the subject, in order to create an effective and innovative learning session. Hence, in this study, the main data are supported by analysis documents and observation which collected from formal interviews of seven participants which are been considered as the main respondent. Other than that forty-two informants were identified in order to obtain more information as the supported to the main respondent. The transcript of the interviews data are analysed via N' Vivo 7.0 software to create a theme, sub-themes and sub-themes. The outcome of this study showed that there are five main areas that make up the pattern and most frequent areas of teaching and learning process are prayer room, library, classrooms, school region and audio visual room. This case study creates an outcome for Teaching and Learning Points of Islamic Education Model

    Hakikat Penciptaan Manusia dan Alam Sejagat: Surah al-Baqarah (2: 28-29)

    Get PDF
    Allah SWT menggambarkan kekuasaan-Nya dalam menguasai kerajaan-Nya yang terdiri daripada kerajaan dunia dan akhirat dan kerajaan jagat raya melalui gambaran penciptaan manusia dan penciptaan alam sewaktu semua makhluk belum diwujudkan. Artikel ini merupakan hasil kajian perpustakaan bagi mencari tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 28-29) daripada kitab tafsiran yang bersifat turath Islami. Hasil dapatan menunjukkan beberapa nasihat dan ingatan penting Allah SWT kepada golongan non Muslim dan Muslim. Bagi golongan non Muslim agar mereka berfikir secara lebih mendalam tentang penciptaan diri mereka yang akan hidup dalam beberapa alam yang penting sehingga dibalasi dengan neraka yang kekal abadi. Selain itu, Allah SWT juga menggambarkan kepada non Muslim tentang dirinya bersendiri mewujudkan semua makhluk sama ada di kerajaan langit dan jagat raya atau kerajaan dunia dan kerajaan akhirat. Oleh itu penentangan dan kekufuran mereka tidak memberi bekas langsung kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa. Bagi golongan Muslim, penciptaan diri mereka dan gambaran penciptaan alam mampu meningkatkan keimanan, ketundukan, ketaatan, dan peribadatan mereka untuk Allah SWT, Tuhan Sekian alam
    corecore